Ads (728x90)


PADANGPOS.COM.

“Kullu nafsin dzaa iqotul maut”

“Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati”

Ramai manusia yang sombong apabila diberi peringatan, kubur masing-masing katanya. Sedangkan saling memberi peringatan itulah yang dipertanggungjawabkan kepada kita semasa masih hidup. Manusia yang leka dengan dunia mungkin merasa bebas membuat apa saja di atas muka bumi ini tetapi ingatlah bahawa setiap apa yang dikerjakan, PASTI akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Entry kali ini daku mahu kongsikan tanda-tanda 100 hari sebelum mati. Seperti juga kalau berlakunya sesuatu kejadian yang tak diingini selalunya hati akan rasa lain macam (rasa tak sedap hati), berdebar-debar dan sebagainya. Begitu juga dengan kematian ada tanda-tanda yang akan dirasakan. Sebagai contoh, seperti daging lembu yang baru saja disembelih, sekiranya diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar-getarkan?

Tanda Kematian ini rasanya lazat terutama bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa itu adalah tanda  mati semakin hampir dan bersedia menghadapinya. Getaran ini akan berhenti dan hilang setelah seseorang itu sedar akan kehadiran tanda-tanda ini. 

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. 

Bagi orang yang sedar dengan kehadiran tanda-tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan baki masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan bekal iman yang betul pada Allah dan amalan sahih yang akan dibawa atau wasiat yang ditinggalkan. 

 Weehuu-kesyiokkk-2 - lawak naik bas macam2 ragam! 
 E-Cerpen | Suamiku Daie - ikuti dari bab pertama lagi! 


TANDA-TANDA 100 HARI SEBELUM KEMATIAN 
100 hari sebelum kematian - Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendaki-Nya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini lazimnya akan berlaku selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami suatu getaran atau seakan-akan rasa mengigil. 

40 hari sebelum kematian - Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. 

7 hari sebelum kematian - Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang terlantar sakit. Orang sakit yang lama tak ada selera makan secara TIBA2 jadi berselera pula. 

3 hari sebelum kematian - Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan org yang akan memandikan jenazah nanti. Ketika ini juga mata hitam tidak akan bersinar lagi. 

Bagi orang yang sakit pula hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

1 hari sebelum kematian - Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana seseorang itu akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan, tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokkan harinya lagi. 

Pada hari kematian - Akan berlaku keadaan di mana seseorang itu akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah Taala yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan kita pula. 

Dari Ibnu Umar r.a. berkata :

"Rasulullah SAW memegang bahuku lalu bersabda : Jadilah engkau didunia ini seolah-olah engkau orang asing atau orang yang lalu di jalan (musafir) Ketika engkau berada di waktu petang janganlah menanti waktu pagi, dan ketika di waktu pagi janganlah engkau menanti waktu petang, dan pergunakanlah kesihatanmu 
untuk sakitmu dan pergunakanlah hidupmu untuk matimu."

Setiap kali lepas solat terutama solat berjemaah, selalunya imam akan membaca doa mohon mati dalam golongan Husnul Khatimah bukannya golongan Su'ul Khatimah.

“Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wa laa takhtim ‘alainaa bi suu il khotimah” yang ertinya “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah (kesudahan yang baik) dan jangan lah akhirkan hidup kami dengan su'ul khotimah (kesudahan yang buruk)”.

“Allahumma hawwin ‘alaina fii sakarotil maut.” 
“Ya Allah, permudahkan kepada kami ketika sakaratul maut.”.

Post a Comment